Lee Kuan Yew kini sedang menjalani rawatan menggunakan alat sokongan hayat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital – Foto singapolitics.sg

SINGAPURA – Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, 91, kini sedang menjalani rawatan menggunakan alat sokongan hayat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di republik itu, kata kerajaan negara itu, hari ini.

Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

Pejabat Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan memaklumkan Lee dimasukkan ke Hospital Besar Singapura 5 Februari lalu selepas menghidap penyakit radang paru-paru yang kritikal.

“Keadaannya stabil dan dia masih menggunakan alat sokongan hayat di ICU.

“Dia sudah sedar dan dilihat tenang. Doktor akan terus memantau keadaannya,” kata kenyataan itu.

Lee, bapa kepada Hsien Loong, Perdana Menteri sekarang, ketika pemerintahannya berjaya mengubah Singapura daripada ekonomi yang mundur menjadi antara negara terkaya di Asia dalam tempoh tiga dekad.

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri mulai 1959 apabila Singapura bebas daripada pemerintahan penjajah British dan mencapai pemerintahan sendiri.

Beliau meletak jawatan pada 1990 dan diganti timbalannya Goh Chok Tong yang kemudian menyerahkan kuasa kepada Hsien Loong pada 2004.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diasaskan Lee masih berkuasa pada setiap pilihan raya negara itu sejak 1959 dan kini menguasai 80 daripada 87 kerusi di Parlimen.

Dalam pada itu, Hsien Loong sendiri baru keluar dari Hospital Besar Singapura pada 18 Februari lalu setelah menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar prostat.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), Lee menjalani pembedahan itu setelah didiagnosis menghidap kanser prostat.

Bulan lepas, Lee telah menjalani rawatan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) prostat yang menunjukkan luka-luka yang mencurigakan.

Ujian biopsi seterusnya yang dijalankan mendapati bahawa satu daripada 36 sampel mengandungi sel-sel kanser. TRP

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share