Gambar bawah adalah ketika kubur yang baru siap digali diawal pagi untuk upacara pengkebumian Allahyarham TGNA Atau Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

ANAK Allahyarhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh mendedahkan bahawa sudah ada orang-orang tertentu yang datang ke pusara bapanya dan membawa balik tanah bagi tujuan yang dipercayai boleh membawa kepada perbuatan khurafat dan syirik.

Kata Nik Abduh, beliau mendengar perbuatan pihak tertentu yang mengambil tanah berkenaan kononnya untuk mendapatkan berkat.

Perbuatan itu kata beliau bercanggah dengan ajaran Islam dan berharap agar ia dihentikan segera.

“Tanah orang soleh tidak ada manfaat, ilmunya yang manfaat,” katanya di kediamannya di Pulau Melaka.

Beliau tidak melarang mana-mana pihak yang mahu melawat pusara bapanya tetapi ia hendaklah dibuat bersandarkan hukum dan sebab yang dibenarkan dalam Islam.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang majlis tahlil untuk arwah bapanya.

“Kita tak buat majlis tahlil. Ayah kata untuk orang mati yang penting adalah doakan dia sahaja,” tambah Nik Abduh lagi.

Nik Aziz meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis lalu ketika berusia 84 tahun. myNewsHub

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share