KUALA LUMPUR – Laman Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat melahirkan rasa kesal dengan ketaksuban melampau ramai individu terutama penyokong pari itu ke atas Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laman Facebook itu menyebut ketaksuban melampau itu yang menjadi kebimbangan Mursyidul Am PAS tersebut semasa hayatnya.

“Pernah Tok Guru (Nik Aziz) mengangkat tongkatnya untuk memukul mereka yang mengerumuni beliau semasa turun dari masjid dan mahu menampar orang yang mahu mengucupnya.

“Tok Guru berbuat demikian kerana beliau tidak benarkan orang fanatik dan taksub dengannya. Tok Guru sangat mementingkan soal akidah,” jelas laman Facebook itu hari ini.

Sehubungan itu, laman Facebook PAS Pusat turut menyelar pihak yang mengaitkan banjir besar di Kelantan baru-baru ini sebagai menyucikan tanah untuk menerima jasad Nik Abdul Aziz.

Laman Facebook itu mempersoalkan sikap segelintir orang Melayu yang masih mengimpikan keramat dan sering mengaitkan seseorang seperti Nik Abdul dengan alam.

“Begitu kolot sekali pemikiran ini. Tidak mustahil nanti akan terwujudnya kisah-kisah ajaib atau karamah yang akan direka oleh sesetengah orang tidak bertanggunjawab. Berhati-hatilah.

“Tidak ada kena mengena kematian Tok Guru dengan banjir. Rasullulah S.A.W pernah menyatakan tidak ada kena mengena gerhana matahari dengan kematian Ibrahim. Perkukuhkan Tauhid,” tegas laman Facebook berkenaan. MNH

[signoff1]

Video – TGNA Marah Pemuda Mahu Cium Pipinya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share