Zainuddin Maidin tidak menulisnya sempena kematian Nik Aziz, hakikatnya ia isu politik lain tahun lalu – Gambar The Malaysian Insider

Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin terkejut tajuk blognya ‘Patutkah Nik Aziz Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam’ bertarikh 5 April 2013 menjadi viral dalam laman facebook sejak semalam.

Katanya, setelah membuka blognya semalam, beliau hairan menerima kunjungan lebih 16,000 pelawat sedangkan tidak ada posting baru yang kontroversi dimuat naik, melainkan ulasan pemergian abadi pengulas sukan tanah air, Hasbullah Awang ke rahmatullah.

“Kemudian baru saya tahu rupa-rupanya ada satu posting saya lebih setahun lalu bertarikh 5 April 2013 bertajuk ‘Patutkah Nik Aziz Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam’ telah di sebarkan kembali.

“Hanya tajuknya sahaja disiarkan di facebook dan menjadi viral yang memberikan persepsi saya menulisnya sempena kematian Datuk Nik Aziz, mantan Menteri Besar Kelantan, pemimpin dan ulama besar PAS,” kata Zainuddin melalui blognya zamkata.blogspot.com hari ini.

Kata beliau, penyebaran tajuk itu tanpa kandungan sepenuhnya tentu akan membangkitkan kemarahan, ulasan panas dan anggapan salah terhadapnya, sama ada dari orang PAS dan pelbagai pihak.

Beliau menjelaskan bahawa posting berkenaan adalah reaksi dari fatwa Nik Abdul Aziz sebelum ini, bahawa solat orang Islam UMNO tiada pahala dan UMNO parti murtad yang kemudian disanggah oleh seorang mufti.

Zainuddin seterusnya berkata, penyebaran semula tulisan itu yang berusia lebih dari setahun tidak semestinya dilakukan oleh orang PAS, tetapi berkemungkinan dari anasir yang mempunyai motif jahat sama ada untuk mencemarkan nama saya atau mengekalkan prasangka buruk antara UMNO dan PAS.

“Saya berharap sebelum membuat sesuatu kesimpulan, silalah anda baca kembali posting saya pada 5 April 2013 dengan sepenuhnya supaya anda tidak membuat ulasan dan kecaman semata-mata berasaskan sentimen dan kemarahan tanpa maklumat yang cukup,” katanya. Free Malaysia Today
PENJELASAN ZAM MENGENAI TANAH PERKUBURAN NIK AZIZ – BACA

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share