Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin dengan aksinya yang lucu tapi penuh yakin bermain golf di depan penjara Sungai Buloh tempat Anwar di kurung.
Dunia ini ada banyak permainan dan jangan hanya main satu sahaja - Ana Ghoib

Dunia ini ada banyak permainan dan jangan hanya main satu sahaja – Ana Ghoib

Di Bintang Thuraya: Raja Bomoh Nujum VIP 1 Malaysia mungkin seorang wali kuno yang muncul semula dari era Pak Pandir, Pak Kadok, Mat Jenin, Luncai dan jika di timur tengah boleh dikategorikan sama sebaris seperti Bahlol, Nasrudin Hoja, Abu Nawas  tokoh sufi satarikal, lucu, hikmah pelajaran tersembunyi dan yang lainnya.

Jika sebelum ini aksinya di KLIA isu kehilangan MH370 menjadi kecaman ramai dan  dilihat syirik namun kepada Ana Ghoib banyak boleh dipelajari dari perangai beliau.

Dalam kejadian makhluk itu ada kepelbagaian yang tak tercapai akal dan sesetengah manusia pula tiada ilmu untuk menterjemahkannya.  Wali Allah itu tidaklah terincikan hanya kepada orang agama yang duduk di masjid memberi ceramah berpakaian dan berjanggut putih tetapi ada sisi lain kepada para wali Allah itu kadang khusus bagi menunjukkan sebab sebab dan perkara buruk dengan dirinya sebagai bahan eksperimental.

Untuk wali Allah yang ekstrem tinggi ialah Nabi Khidir as sewaktu baginda mengajar Nabi Musa as. [rujuk: Kahfi] *Wali Allah itu hanyalah lantaran  menjelaskan sesuatu urusan bukanlah penolong Allah kerana Allah tidak memerlukan penolong.

Bukanlah secara mutlak spesifik mahu menggelarkan Raja Bomoh itu sebagai waliyullah namun ciri ciri itu ada dalam beberapa hal pengajaran cara silam beliau identikal dengan nama nama tersohor insan terpilih di atas yang akhirnya diakui bersifat wali mengajar dan menyedarkan manusia. Persoalan akidah dan iktikad hatinya itu adalah urusan antara dia dengan khalikNya.

Untuk masa ini Raja Bomoh hanya melibatkan soal ranting kepercayaan misterius sahaja bukan soal rukun Imam kepada Allah. Tafsiran yang paling rumit dalam soal akidah kepercayaan kepada Allah dan perkara misterius ini, kemuncaknya  dari kes Syeikh Siti Jenar antara keluarga wali songo Jawa itu yang mana berakhir dengan beliau dihukum sesat kemudian dipancung di masjid Demak Ceribon.

Berbalik kepada Raja Bomoh melayu ini kepada ilmuan agama yang tersebut di bawah dan orang kebanyakkan malah ahli politik mungkin agak janggal lalu ia menghukum berdasarkan apa yang ia tahu dari kitab dan kebiasaan hidup manusia. Semua menghukum menurut kariernya dan kebiasaan diri masing masing bukan kerana meliputi ilmu pemandangannya akan sikap makhluk.

Contoh keganjilan ambil sahaja kisah Habib Noh di Singapura yang selamba membuka laci kedai kedai cina mengambil duit dan diberi kepada fakir miskin. Sehingga para tauke cina pun tahu sikapnya dan bila aduan dibuat lalu beliau ditangkap polis British pada sebelah petang dan dipenjara. Anehnya menjelang subuh dia sudah berada diluar penjara demikianlah berulang ulang hingga pihak polis Singapura enggan menangkapnya lagi.

Bila Abu Nawas menulis tentang masturbasi dalam bentuk sastera juga masyarakat Islam dahulu menjadi phobia kerananya walhal ia adalah bagus memperincikan pelajaran seks seperti yang berlaku hari ini untuk kebaikan.

Manakala dalam kes Raja Bomoh ini pula marilah melihat dari sudut positif maksud maksud perlambangan, metafor, amsalan dan bidalan kata serta perbuatannya. Ramai yang terkena dengan aksi Raja Bomoh dari yg over-tinggi hinggalah ke low-kuli, telinga kuali dan buta mata hati.

Tiada yang mahu mengambil tindakan kononnya atas kemungkaran besar syirik sesat yang beliau lakukan. Pihak berwajib terdiam sama terdiam dalam hal lebih berdosa besar salah laku dalam hal tertentu melibatkan politikus malah sesiapa sahaja dikalangan elite dan rakan rakan. Agak kontroversi genius di situ!

Mungkin sang Raja Bomoh ini dihantar untuk menunjukkan kedungguan kita dalam tindakan dan hukuman berpilih. Dihantar untuk memalukan Malaysia yang memang sudah sedia malu contohnya kes bunuh, curi, rompak, lari bersembunyi, menipu dan rasuah. Barangkali dihantar untuk mengaibkan supaya kamu berfikir samada lebih mendalami agama, perlembagaan, perundangan atau cuma sebagai hiburan?

Terlalu banyak spektrum yang terhasil dari perbuatan Raja Bomoh ini sampai termanggu dan tersirna malah tak tercapai akal orang memikirkannya bukan?

*Jika Luncai memalukan sultan, Pandir memalukan orang kampung, Mat Jenin mengajar bangsa melayu, Nasrudin Hoja mengajar ulama, Abu Nawas mengajar raja, Habib Noh memalukan pemerintah British Singapura, Pak Kadok kena tipu orang kaya; maka Raja Bomoh mengajar, menipu dan memalukan siapa sebenarnya?

*Sekian Ana Ghoib melaporkan sampai bintang Thuraya

Nota Ana Ghoib: Ada satu kisah mengenai wali yang menarik kepada orang yang sukar membezakan hitam dan putih – batil dan hak – malah mempermainkan terutama di bidang politik di Malaysia!

Satu hari ada seorang wali, dia ini bangsa Islam hendak berdakwah kepada orang melayu.

Jadi oleh kerana dia orang Islam, dia cakap bahasa Islam kepada orang melayu itu. Orang melayu ternganga sahaja dengar dia dakwah dalam bahasa yang tak difahami itu.

Selepas dakwah itu maka dia pun balik ke negara Islam dan orang melayu masih tak Islam kerana tidak faham bahasa Islam.

Sekianlah kisah tentang seorang wali… [moga kalian faham…]

Sungguh Allah meliputi ilmuNya. Bak kata Khidir as kepada Musa a.s bagaimanakah engkau akan sabar jika engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

*Susunan tak semua faham: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACA: Puisi ‘lembu’ kecam PM India bukan komuniti Hindu Malaysia, kata Asri

KLIK BACA: Najib hanya pandai ‘transfer’ duit, bukan transformasi, bidas Saifuddin

KLIK BACA: Tun Mahathir senaraikan sebab dunia tidak akan hormati Malaysia

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu


Tolong Komen & Share