Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata imej sederhana Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diingati semua pihak sampai bila-bila. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2015.

DAP menyifatkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang bukan saja disanjung oleh umat Islam dalam negara dan luar negara tetapi juga disanjung orang bukan Islam, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha agung DAP itu ketika memberikan ucapan di majlis pengebumian Nik Aziz berkata, kehidupan “sempoi dan bersih” mursyidul am PAS itu akan diingati semua pihak sampai bila-bila.

Beliau juga berkata, Nik Aziz yang menjadi menteri besar selama 18 tahun ketika beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain dilantik menjadi ketua menteri dan menteri besar.

“Saya masih ingat, ketika kita tawan lima negeri dalam pilihan raya 2008, kami semua memandang kepada Tok Guru Nik Aziz untuk meminta panduan dan nasihat,” kata Guan Eng sebak.
Turut serta bersama Guan Eng adalah bapanya Lim Kit Siang yang tiba kira-kira jam 9.00 pagi di rumah Nik Aziz.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika memberikan ucapan berkata, memang benar yang hilang akan berganti.

“Tetapi kehilangan Tok Guru Nik Aziz tidak akan ada yang boleh menggantikannya,” kata Mustafa.

Menurut Mustafa, PAS kehilangan pemimpin yang paling disayangi semua.

Mustafa meminta perjuangan Nik Aziz diteruskan semua ahli PAS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di antara pemimpin tertinggi kerajaan yang turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Nik Aziz. TMI

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share