Kenyataan palsu yang didakwa dikeluarkan Abdul Hadi Awang Presiden PAS [gambar bawah]- mStar

Menjelang hari keputusan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, wujud gesaan terhadap ahli PAS supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi menyokong ketua pembangkang itu.

Sejak petang Isnin, paparan skrin kenyataan rasmi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa saranan untuk menyertai perhimpunan solidariti terhadap Anwar bukan pendirian rasmi parti itu.

Bagaimanapun Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar segera mengeluarkan kenyataan penafian berhubung penyebaran kenyataan Hadi itu.

“Saya dengan ini mengesahkan bahawa kononnya satu kenyataan media yang dikeluarkan atas nama Presiden PAS bertarikh 9 Februari 2015 mengenai isu kenyataan rasmi parti dan solidariti terhadap kes Datuk Seri Anwar adalah palsu, tidak benar sama sekali.

“Pihak Datuk Seri Tuan Guru merasa sangat kesal di atas penyalahgunaan surat PAS dan pemalsuan kenyataan media itu,” katanya.

Penyebaran kenyataan palsu itu dilihat sebagai usaha untuk mengeruhkan hubungan pakatan pembangkang yang berhadapan masalah dalaman sejak kebelakangan ini. mStar

[signoff1]

pas surat hadi awang

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share