Sulaiman Awang kini menghabiskan masa dengan menulis khat pada batu nisan. Foto IBRAHIM MOHTAR/THESTAR.

BERBAKAT menghasilkan seni tulisan khat nyata membawa tuah kepada insan bernama Sulaiman Awang. Biarpun kenangan itu sudah berlalu hampir 18 tahun, namun memori menulis khat pada wang kertas Malaysia bermula daripada RM2 hingga RM1,000 disifatkan saat berharga yang sukar dilupakan.wang kertas

“Peluang menulis khat wang kertas Malaysia pada 1997 satu pengalaman yang cukup indah dan sukar dilupakan.

“Saya masih simpan lagi koleksi wang kertas bercantum untuk siri wang kertas RM2 dan RM10 yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di rumahnya di Setiawangsa baru-baru ini.

Antara koleksi wang kertas yang seni khatnya ditulis Sulaiman.

Diajak mengimbau kembali kisah lampau itu, nyata bapa kepada empat cahaya mata ini cukup merendah diri dengan bakat yang dimilikinya.

“Tak ada apa-apa pun yang menarik, semuanya cerita lama dan sudah tidak ada apa yang ingin dibanggakan lagi,” kata Sulaiman yang lebih mesra dipanggil Pak Aji.

Menurut Pak Aji yang kini menjangkau usia 73 tahun ini, pada 1997, beliau telah didatangi oleh seorang individu yang juga pemilik syarikat pengiklanan yang dikenali sebagai Hj Mohamad yang memaklumkan mengenai peluang untuk menulis tulisan khat pada wang kertas Malaysia.

“Masa itu Hj Mohamad minta saya tulis perkataan ‘Bank Negara’ pada kertas biasa dan menghantarkannya kepada Bank Negara untuk masuk tender menulis perkataan ‘Bank Negara’ dalam jawi.

“Alhamdulillah beberapa minggu selepas itu, Hj Mohamad beritahu dia menang tender tersebut dan saya dikehendaki menulis perkataan ‘Bank Negara’ dalam ejaan jawi untuk dicetak pada duit kertas Malaysia.

Masa itu rasa bangga pun ada juga,” ujarnya yang mendapat pendedahan awal mengenai tulisan khat ketika dia menuntut Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah Masjid Tinggi, di Bagan Serai, Perak.

Baca lanjut di mStar Online

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share