Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai supaya menerima apa jua keputusan berhubung kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang, sebarang keputusan mahkamah perlu diterima sama ada ketua umum PKR itu dibebaskan atau sebaliknya. KiniTV

[signoff1]

Laporan mStar Online:

Penantian selama tujuh tahun oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung dakwaan diliwat bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berakhir esok.

Berbanding Saiful, keputusan Mahkamah Persekutuan itu dilihat lebih memberi kesan kepada Anwar selaku figura politik pembangkang khususnya mengenai masa depan gabungan pakatan pembangkang.

Bagi Ketua Pembangkang itu sendiri, tarikh 10 Februari sekali lagi bakal menjadi tarikh keramat baginya iaitu sama ada beliau akan meringkuk di dalam penjara atau kekal bertakhta di ‘istana Segambut’ miliknya.

Andai kata Anwar terpaksa meringkuk di penjara, keputusan itu tentunya secara langsung akan mengubah iklim politik di Malaysia lebih-lebih lagi mengenai hala tuju PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Namun bagi Anwar, berdasarkan lenggok bahasa badan, ekspresi muka serta ‘mood’ yang ditunjukkan ketika berhadapan puluhan wakil media pada Ahad, beliau kelihatan tenang.

Tanpa berkerut dahi, Anwar sempat bergurau dengan pihak media yang terpaksa menunggu lama kehadiran pimpinan pakatan pembangkang untuk menyertai sidang media di lobi Pejabat Agung PAS.

“PAS kena tambah lif, satu tak cukup…lambat sangat. Nanti kita nak datang mesyuarat di sini lagi.

“Mesyuarat akan datang saya harap PAS dah ada lif baharu,” seloroh Anwar.

Persoalannya, masihkah ada ruang untuk Anwar menghadiri meysuarat Pakatan Rakyat yang seterusnya selepas 10 Februari ini?

Sebelum ini Anwar pernah menyuarakan keyakinan bahawa beliau akan dibebaskan berdasarkan kepada perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di Mahkamah Persekutuan.

“Saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.

“Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara. Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan,” katanya. mStar

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share