Pendaftar Mahkamah Persekutuan meminta barisan peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan penghujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Trowell

Sementara peguamnya menyifatkannya sebagai perkara biasa, pemerhati antarabangsa yang juga peguam diraja Mark Trowell (kiri) menyifatkannya sebagai “petanda buruk”.

“Perkara itu mencadangkan rayuan pembelaan terhadap sabitan dan hukuman akan ditolak.

“Jika begitu, Anwar serta merta akan ditahan,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan terakhir Anwar mengenai kes liwat dan hukuman lima tahun penjara sebelum ini.

Sementara itu, pihak pendakwa pula merayu supaya hukuman lebih berat diberikan. Malaysiakini

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share