Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang – Gambar  therakyatpost.com

Walaupun DAP sering dikaitkan dengan fahaman kiri, di mata Tun Dr Mahathir Mohamad parti lawannya itu bukanlah berfahaman komunis.

Sebaliknya, kata bekas presiden Umno itu, pemimpin kanan parti itu seperti Lim Kit Siang cenderung kepada pendekatan autoritarian yang menjadikan ahli keluarga sebagai “legasi” pemerintahan.

“Saya tak lihat DAP ini sebagai komunis. Cuma idea mereka tentang bagaimana untuk memerintah negara ini tak bagus untuk negara.

“Saya juga tak lihat Lim Kit Siang sebagai seorang komunis tetapi dia lebih cenderung untuk menjadi autoritarian dan seolah-olah mahu digantikan oleh anaknya.

“Saya tidak percaya sistem ini di mana keluarga melebihi daripada negara,” kata Mahathir (atas).

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada hadirin yang hadir sempena ulang tahun ke-40 hubungan dua hala Cuba dan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. – Malaysiakini

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share