POLIS menahan suspek yang melarikan seorang kanak-kanak. FOTO Rozainah Abdul Rahim

Port Dickson: Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, kanak-kanak terbabit dikatakan berada di halaman rumah rakan ibunya di Kampung Paya, dekat sini, sebelum didatangi seorang lelaki yang bertindak melarikan mangsa menggunakan kereta Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Baharudin Mustapha berkata, ibu mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan kereta suspek di Jalan Sua Betong menghala ke Lukut, di sini.

Menurutnya, polis kemudian mengejar kereta dipandu suspek sebelum berjaya menahannya di Kilometer 28.8 Jalan Sua Betong, kira-kira 4.10 petang.

Katanya, mangsa diselamatkan dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. myMetro

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share