Filem yang bakal ditayangkan di Planetarium Negara Kuala Lumpur ialah ‘Perfect Little Planet’, ‘Cosmic Collisions’, ‘Astronaut’ dan ‘We Are Astronomers’.

KUALA LUMPUR, 7 Februari: Orang ramai berpeluang menyaksikan tayangan filem percuma sempena ulang tahun ke-21 Planetarium Negara, Sabtu ini.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini, tayangan percuma selama 30 minit untuk setiap sesi itu akan bermula pada 10 pagi hingga 4 petang.

Filem yang bakal ditayangkan ialah ‘Perfect Little Planet’, ‘Cosmic Collisions’, ‘Astronaut’ dan ‘We Are Astronomers’.

“Tayangan menggunakan skrin dalam bentuk kubah itu merupakan tayangan digital yang seolah-olah membawa penonton mengembara ke angkasa,” menurut Angkasa, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, orang ramai boleh mengunjungi Galeri Astronomi, Galeri Penerokaan Angkasa dan Galeri Pameran Bertema ‘Space Guiding Your Way’ di planetarium berkenaan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-2273 4303/5484 atau melayari www.angkasa.gov.my/planetarium. The Rakyat Post

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share