Roti Paung Terengganu Resepi Kuih Muih – Gambar chakapchakap.wordpress.com

KUALA TERENGGANU – Mungkin ramai yang tidak tahu dari mana asalnya panggilan roti paung, sejenis roti bun kecil kosong tanpa inti yang dimasak dalam loyang dan enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dalam kopi atau teh ‘O’ panas.

Beberapa individu termasuk penjual roti paung sendiri ditanya mengenai asal-usul nama roti paung, namun tiada yang boleh memberikan jawapan tepat.

Berdasarkan maklumat yang diterima penulis, roti paung disebut paung mengikut dialek Terengganu yang mana pada asalnya ia disebut roti paun iaitu roti tawar daripada tepung gandum yang biasanya dijual dalam ketulan beratnya satu paun.

Satu paun pula adalah ukuran berat bersamaan 16 auns iaitu lebih kurang 12 tahil atau 0.45 kilogram.

Kalau dahulu, roti paung hanyalah roti kosong yang enak dijadikan santapan ketika minum pagi atau petang, kini pelbagai inovasi telah dilakukan pengusaha roti paung sehingga ia semakin enak malah lebih enak dimakan begitu sahaja.

Jual 700 roti sehari

Pekerja mengangkat roti paung yang telah garing dari atas dapur.  Foto Sinarharian
Pekerja mengangkat roti paung yang telah garing dari atas dapur. Foto Sinarharian

Penolong Pengurus Kedai Che Wan Roti Paung Panas yang terletak di Manir, Kuala Terengganu, Roslili Ayu Ramli, 38, berkata, roti paung yang diusahakannya bersama suami, Wan Mohd Ridhwan Wan Khalid, 38 atau lebih dikenal sebagai Che Wan sejak 2007 itu mempunyai dua perisa iaitu perisa mentega dan kacang.

Menurutnya, setakat ini terdapat enam cawangan kedai miliknya iaitu di Kampung Batu Enam; Kampung Kedai Buluh; Kampung Wakaf Beruas; Kampung Bukit Payong; Chendering dan Manir sebagai pusat untuk menguli dan membuat doh roti paung.

“Ketika awal penubuhan kedai dahulu, kita hanya mempunyai seramai lima hingga enam pekerja sahaja, kini, terdapat seramai 16 pekerja termasuk di lima cawangan Che Wan Roti Paung Panas,” katanya.

Roslili Ayu berkata, pengeluaran roti paung juga makin bertambah mengikut sambutan pelanggan dan pada setiap hari sebanyak 700 roti paung dihasilkan daripada 84 kilogram tepung gandum.

“Sambutan terhadap roti paung ini amatlah memberangsangkan tidak kira oleh penduduk setempat atau mereka yang datang dari luar Terengganu kerana kualitinya dijaga agar lembut dan enak dimakan panas-panas.

“Ada juga pengunjung dari luar negeri ini yang membeli roti ini untuk dihadiahkan kepada kawan dan sanak saudara sebagai oleh-oleh,” katanya.

Ingin buka cawangan di Kuala Lumpur

Beliau berkata, identiti dan makanan warisan Terengganu itu memang menimbulkan kerinduan kepada anak jati negeri ini yang berada di perantauan terutama mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar Lembah Klang.

“Memang saya ada simpan cita-cita untuk membuka francais di luar negeri ini terutama di Lembah Klang, namun saya perlu memantapkan lagi ekonomi supaya mempunyai modal yang cukup bagi mengembangkan perniagaan.

“Setakat ini, memang kita tidak jumpa roti paung yang diusahakan oleh orang Melayu dijual di Kuala Lumpur. Sebab itulah saya berazam untuk buka cawangan di sana,” katanya.

Ditanya mengenai keistimewaan dan resipi rahsia roti paungnya itu, Roslili Ayu berkata, tiada ramuan rahsia diadun tetapi dia hanya mementingkan kualiti dan bahan yang digunakan di dalam setiap adunan.

“Kita beroperasi setiap hari kecuali Jumaat.. pekerja datang seawal jam 8 pagi untuk menyiapkan adunan.

“Pada jam 12.30 tengah hari, proses membakar roti mula dilakukan iaitu dengan cara membakar di dalam ketuhar gelombang mikro selama 10 minit sebelum memanaskannya di atas dapur biasa supaya bahagian bawah roti lebih garing,” katanya.

Mengulas mengenai persaingan yang dihadapi sepanjang mengusahakan kedai roti paung itu, beliau berkata, cabarannya agak sengit kerana ramai juga yang mengusahakan roti paung di negeri ini.
Bagaimanapun, ia bergantung pada kualiti dan rasa yang membezakannya.

“Roti paung yang dijual di sini harganya sama sahaja sama ada perisa mentega atau kacang iaitu RM2.50 sebungkus.

“Apa yang membezakan roti paung Che Wan Roti Paung Panas dengan yang lain dari segi teksturnya lebih lembut, rasa yang padat dan enak dimakan ketika masih panas,” katanya. Sumber ihsan Sinar Harian

RESEPI ROTI PAUNG LEMBUT DI BAWAH:

[signoff1]

Terima kasih pada May Agumo yang berkongsi resepi yang di ambil dari facebook Shamsiah Abdul Rahim. Mohon izin kongsi kat blog MaDiHaA ye..

ROTI PAUNG LEMBUT

Resepi : Shamsiah.abdulrahim

Sumber : May Agumo

BAHAN2NYA: (MaDiHaA buat 1 1/2 adunan dapat 2 loyang)

500gm tepung high protien/tepung gandum – MaDiHaA guna tepung high protien
50gm susu tepung – MaDiHaA guna susu tepung Anlene
100gm mentega
250ml air
11gm yis
100gm gula halus – nk manis sikit boleh lebihkan gula
sedikit pewarna kuning = larutkan bersama yis+air

CARA2NYA:

1. Satukan semua bahan dan uli

2. Biar adunan naik skali ganda

3. bulat2 kan doh kecik2

4. ltk dlm loyang yg di oles sedikit mentega.

5. biar doh kembang sdikit n bkr dlm oven suhu 160″ selama 15-20minit

6. dah msk kuarkn dr oven n griskn dgn mentega kat atas roti…

Sumber

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share