Pesawat TransAsia Airways terhempas ke dalam sungai selepas melanggar jambatan di Taipei, Taiwan hari ini laporan terkini dari BBC News menyebut 12 orang maut

Lebih 10 orang dilaporkan cedera, menurut televisyen tempatan di Taipei.

Pesawat penumpang itu membawa 58 penumpang dan lima anak kapal.

Televisyen tempatan juga menunjukkan gambar polis dan ahli bomba sedang menyelamatkan penumpang di Sungai Keelung.

Pesawat dilengkapi enjin berkembar itu terhempas tidak lama selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarangsa Taipei, lapor Central News Agency milik Taiwan. MRM

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share