KUALA LUMPUR: Sebelum ini, populariti kumpulan rap DAM [Da Arabian MCs] mungkin hanya dirasai di sekitar sempadan Palestin dan Eropah sahaja.

Namun hari ini, dunia mula mencari karya-karya terbitan tiga anak muda itu.selfie dam israel

Semuanya, gara-gara muat naik foto ‘selfie’ yang dianggap terbaik setakat ini.

Sehingga kini, foto itu telah menerima lebih 14 ribu ‘retweet’ dan hampir lapan ribu favourites.

DAM ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pasangan adik-beradik Tamer dan Suhell Nafar bersama rakan baik mereka, Mahmoud Jreri.

Melalui karya mereka, DAM banyak menyentuh tentang konflik antara Israel dan Palestin. Mereka telah menerbitkan lebih daripada 100 singles menggunakan bahasa Arab, English dan Hebrew.

Foto ‘selfie’ yang mereka muat naik hari ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada followers serta peminat yang rata-ratanya menyifatkannya kreatif dan lucu.
Namun begitu, timbul juga rasa bimbang dikalangan peminat tentang keselamatan mereka selepas insiden dikejar askar Israel itu.

BuzzFeed melalui twitter rasmi mereka menuduh bahawa foto itu sebenarnya telah dirancang.
Dan sejam lalu melalui Facebook rasmi mereka, DAM mengakui bahawa foto itu sebenarnya adalah satu babak filem yang sedang dalam penggambaran. Astro Awani

[signoff1]

 

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE