Ekoran kehilangan pesawat MH370, Singapore Airlines (SIA) kini bekerjasama dengan Sita, sebuah firma komunikasi pengangkutan udara global untuk membangunkan sistem baru bagi menjejaki pesawat.

Sistem yang bakal dibangunkan itu bukan sahaja memantau pergerakan pesawat-pesawatnya tetapi juga dapat memberi maklum balas jika berlaku masalah dalam pesawat.

Jurugambar SIA, Nicholas Ionides mengesahkan SIA sedang dalam percubaan membangunkan sistem jejak pesawat namun enggan mengulas lanjut.

Tambahnya, SIA kini mempunyai keupayaan mengesan penerbangan melalui sistem seperti Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS).

Ia menggunakan radio atau isyarat satelit untuk menghantar data ke monitor. antara lain, enjin dan peralatan lain dalam pesawat.

Tidak ada perincian lain berhubung sistem yang diguna pakai oleh SIA sekarang dan bagaimana dibandingkan dengan sistem baru Sita.

Pakar-pakar industri berkata, walaupun kemajuan dalam teknologi dan keupayaan satelit membolehkan syarikat penerbangan menjejaki pesawat meskipun di lautan yang luas, realitinya tidak semua syarikat penerbangan mempunyai sistem dan proses untuk melakukannya.

Ia kerana tidak ada standard global yang diperuntukan. Contohnya berapa kerap pesawat boleh dikesan.

Pengarah Perkhidmatan Pesawat Sita, Katrina Korzenowski berkata: “Anda boleh ada semua teknologi dalam pesawat tetapi tanpa keupayaan untuk mendapatkan maklumat dan data, peranannya adalah kecil”.

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac tahun lalu merupakan jurang yang serius dan sejak itu industri penerbangan global bekerja keras untuk mencari jalan penyelesaian.

Hampir 11 bulan pesawat berkenaan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan sehingga hari ini masih gagal ditemui.

Ketika insiden, pesawat itu membawa 239 orang penumpang dan anak kapal. Pesawat itu dikatakan terjatuh di Lautan India.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa telah mencadangkan syarikat-syarikat penerbangan supaya mengesan pesawat masing-masing setiap 15 minit.

Persoalannya adalah cadangan itu merupakan satu arahan berbanding sebagai cadangan sahaja, yang bermakna semua negara perlu mematuhinya.

Pesara Pegawai Tadbir Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, Michael Daniel berkata, kos akan menjadi isu.

“Terdapat kritikan berhubung kos dan saya berpendapat, cadangan supaya syarikat penerbangan menjejaki pesawat akan hanya menjadi satu cadangan tetapi kita perlu melihat cadangan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Korzenowski berpendapat, sebarang penyelesaian haruslah menelan ‘kos rendah’. – MalaysiaGazette

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share