Peguam Americk Sidhu mempersoalkan mengapa penganalisis politik Abdul Razak Baginda melindungi Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu 9 tahun lalu apabila perdana menteri tidak pernah terlibat dalam jenayah itu.

Americk yang menyediakan akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang diupah Razak pada 2006 berkata, Razak terus-terusan mengatakan dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider baru-baru ini yang Najib tidak bersalah dan diperlakukan dengan tidak adil.

Dalam temu bual yang disiarkan pada Khamis, Razak memberitahu The Malaysian Insider semuanya ialah mainan politik dan tiada kaitan antara Najib dan kematian Altantuya.

Americk berkata, Razak bagaimanapun tidak menerangkan kenapa beliau merasakan Najib perlu dilindungi.

“Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat. Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya,” kata Americk dalam satu kenyataan eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Mendiang Bala, seorang bekas anggota polis, berkata dalam SD pertama beliau yang Razak mengambilnya bekerja pada Jun 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mendekatinya.

Americk berkata apa yang dinyatakan Bala dalam SD itu ialah Razak memberitahunya mengenai penglibatan Najib dengan Altantuya.

(Bala berkata kedua-dua Razak dan Altantuya memberitahunya, Altantuya pernah menjadi teman wanita Najib. Dakwaan ini terdapat pada perenggan 25 dan 28 dalam SD1.)

Americk berkata Razak masih belum secara khusus menafikan beliau memberitahu Bala perkara ini.

“Bala mengakui sedari awal yang beberapa perkara dalam SD1 beliau merupakan khabar angin. Jadi, apa tujuannya apabila Razak mengatakan SD Bala itu khabar angin?” soal Americk.

Katanya, Razak juga mengelak daripada mengatakan mengapa Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nazim Razak, peniaga karpet Deepak Jaikishin dan ramai individu lain merasakan Bala dan keluarganya perlu meninggalkan negara ini sebaik SD1 itu dikeluarkan.

“Ini tidak benar-benar memberi sebarang kredibiliti kepada penegasan Razak yang Najib ialah mangsa yang tidak bersalah dalam satu kes tipu helah politik,” kata Americk.

Bala merupakan saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, tetapi meninggalkan Malaysia dalam tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah kedua (SD) pada 2008, yang kononnya membersihkan Najib daripada terlibat dalam kes itu.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang ke negara ini setelah 5 tahun memaksa diri menjadi orang buangan di India.

Americk juga berkata Razak gagal menghargai kesetiaan Bala kepadanya.

Beliau berkata, apabila Bala ditemuramah akhbar di London pada Julai 2010 di Holiday Villas, Bayswater, dia memberitahu pemberita dia merasakan Razak tiada kaitan dengan pembunuhan itu dan dia tidak bersalah.

Americk berkata Bala merasakan Razak naif dalam menyangkakan 2 komando polis itu tidak akan membahayakan Altantuya.

“Adakah semua ini mengarut Encik Razak Baginda?” soal Americk, merujuk kepada wawancara Razak dengan The Malaysian Insider apabila beliau mengatakan SD Bala mengarut. – Sumber baca lanjut di Malaysian Insider

KLIK BACA: Utusan milik Umno ‘bawah kuasa Zahid’ dedah audit 1MDB, Najib cepatlah jawab?

KLIK BACA: Kalau tak faham ICERD batal ‘gari dan lokap’ saja ubatnya…jatuhkan Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah Rosmah dan anaknya Riza setuju bahawa Jho Low seorang penipu?

KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok

KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah

KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid

KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share