Pizza Hut Malaysia hari ini memeriahkan lagi sambutan dan musim perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba dengan mengeluarkan piza terbaharu yang diberi nama Pastry Crown.

Piza terbaharu ini boleh didapati bermula 28 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015 di restoren Pizza Hut di seluruh negara.

Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon memberitahu, Pizza Hut berbesar hati kerana berpeluang untuk berkongsi menu terbaharu dengan pelanggan setia Pizza Hut pada musim perayaan Tahun Baharu Cina pada bulan hadapan.

“Keunikan rasa piza Pastry Crown ini pasti akan memeriahkan lagi suasana makan bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang,” katanya pda majlis pelancaran Pastry Crown di sini hari ini..

Dengan limpahan ramuan ketulan isi ayam, bawang, nanas, kapsikum merah, keju mozzarella, sos istimewa BBQ Tennesse dan kerak keju tiga rasa, piza terbaharu ini pasti memberikan anda kelainan dalam cita rasa piza keluaran restoren Pizza Hut.

Kang Moon berkata, sempena musim perayaan yang bakal tiba, Pizza Hut mengadakan promosi istimewa berikutan pelancaram piza terbaharu ini.

Katanya, dengan tambahan RM6.00, pelanggan berpeluang menikmati hidangan piza Pastry Crown melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati Big New Box yang sesuai untuk dinikmati tiga hingga empat orang pada harga yang istimewa iaitu RM47.90.

Kombo ini, kata Kang Moon, mengandungi Piza Pastry Crown (saiz biasa), enam ketul drummet New Orleans, roti bawang putih, enam ketul spicy chicken fingers dan dua sup cendawan.

– Utusan / Gambar Pizza Hut Malaysia

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share